Khidmat Rekabentuk Ubahsuai Rumah | Penyediaan Pelan Tambahan Rumah | Permit Ubahsuai & Kelulusan Pelan dari PBT


Imos Design Consultant mengkhusus dalam kerja rekabentuk ubahsuai rumah dan berpengalaman sejak tahun 1999 hingga sekarang dalam menyediakan khidmat rekabentuk seperti dibawah ;


1. Rekabentuk Lakaran Pelan Cadangan Tambahan Rumah & Ubahsuai Rumah

Pelan lakaran kasar tambahan yang disediakan oleh klien


Draf lakaran pelan ubahsuai disediakan oleh IMOS merujuk kepada lakaran klien

Selepas klien melantik IMOS sebagai perunding rekabentuk, kerja awal yang dilakukan ialah perbincangan di tapak rumah yang akan di ubahsuai bersama klien dan menyediakan draf awal lakaran pelan tambahan rumah. Draf pelan yang siap akan diserahkan kepada klien untuk semakan & perbincangan lanjut bagi pindaan-pindaan rekabentuk yang akan dilakukan  ke atas pelan hingga klien setuju dengan rekabentuk yang akhir.


2. Rekabentuk & Visual 3d Perspektif Tambahan Ubahsuai Rumah

Contoh visual 3d tambahan rumah yang dicadangkan



Merujuk kepada lakaran pelan ubahsuai rumah, IMOS akan sediakan visual 3d perspektif bahagian luar rumah yang menunjukkan tambahan baru kepada rumah asal. Visual 3d disediakan dalam bentuk paparan gambar & video presentation akan di emel untuk semakan klien seperti di atas.


3. Penyediaan Pelan Ubahsuai Rumah Untuk Kelulusan Ubahsuai Dari PBT@Majlis Daerah

Contoh pelan submission tambahan ubahsuai rumah yang lengkap

Selepas rekabentuk pelan & visual 3d dipersetujui oleh klien, IMOS dengan kerjasama akitek berdaftar akan menyediakan submission plan lengkap bersaiz A1 seperti di atas untuk dikemukakan ke PBT. IMOS juga akan melantik jurutera berdaftar untuk penyediaan pelan struktur bagi tambahan rumah 2 tingkat atau ubahsuai rumah 1 tingkat ke 2 tingkat mengikut arahan dari PBT. Pelan yang siap dicetak akan ditandatangani klien sebelum dikemukakan ke PBT@Majlis.


4. Khidmat submission plan ke PBT sehingga mendapat kelulusan permit ubahsuai rumah

Contoh dokumen kelulusan pelan & permit ubahsuai rumah

IMOS dengan kerjasama akitek akan kemukakan pelan-pelan ke PBT, menyemak status submission, membuat pindaan kepada pelan selepas disemak PBT sehingga mendapat permit kelulusan ubahsuai rumah seperti contoh di atas.


UNTUK PERTANYAAN KHIDMAT REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH

SILA HUBUNGI IZWAN MOHD SALLEH (IMOS) 

DI 019-6904405 ATAU WHATSAPP 011-28889537


SEBUTHARGA KHIDMAT REKABENTUK

Untuk sebutharga khidmat di atas, sila emel lakaran pelan tambahan rumah ke pelukispelan1@gmail.com





PUBLIC INFORMATION

IMOS DESIGN CONSULTANT is a business entity registered with Suruhanjaya Syarikat Malaysia and and is issued with the registration number SA0341490-W for its business operation. Registered office address is 3G-1A Pusat Daerah Seksyen 6, Jalan 6/7, 40000 Shah Alam, Selangor D.E. 
Contact - 019-6904405 @ 011-28889537 (whatsapp),
 email ; imosdesignconsultant@gmail.com or pelukispelan1@gmail.com


OPERASI DI WAKTU PKP 3.0

IMOS masih beroperasi seperti biasa memberikan khidmat kepada klien mengikut SOP bekerja dari rumah & hanya bertemu klien di tapak untuk perbincangan merujuk kepada SOP kerja pergerakan di luar rumah yang diberikan kerajaan dalam radius 10km.